SAMB. PEMERIKSAAN KETIKA HAMIL

Posted by drlin , Monday, April 12, 2010 4:02 AM

ANEMIA semasa hamil

Hi, bertemu lg kite yer... arini nk cerita sket pasal anemia aka kekurangan darah merah atau hemoglobin(Hb) yg selalu berlaku pd wanita hamil... sepanjang pengalaman saya menjadi seorang doktor, memang sgt2 ramai ibu2 kite yg mengalami masalah ini....tetapi ramai yg tidak tahu kepentingan mengekalkan paras Hb yg baik(>11g/dl) semasa mengandung, betul x??patient sy pun rmi xtau..tetapi bila ade kesempatan sy akan explain pd mrk satu persatu supaya ada kesedaran dlm diri untuk berusaha menaikkan paras Hb...

sbnrnya kebanyakan ibu mengandung mengalami kekurangan zat besi yg sgt penting untuk pembentukan Hb ini....dan kekurangan itu berpunca dr NUTRIEN seharian yg diambil yg kurang mengandungi zat besi.

APA KEPENTINGAN HEMOGLOBIN SEMASA HAMIL?

Ia penting untuk perkembangan bayi mengikut jangkamasa kandungan.

1. Kandungan kurang dari 5 bln (<20 minggu)
Pada masa ini bayi sedang melalui proses organogenesis i.e pembentukan organ2 seperti kepala, tangan, kaki, jantung, otak, dan anggota2 lain. Jika darah kurang pekat (<11g/dl), jika jantung tidak terbentuk dgn sempurna, bayi akan gugur. Jika jantung dpt dibentuk tetapi darah terlampau cair bayi mungkin hidup tetapi cacat(eg. tiada kaki & tangan dgn sempurna). Jika bayi sempurna sifat tetapi darah cair akan melambatkan pembentukan otak bayi, mungkin bayi akan selamat di lahirkan tetapi kurang pandai.

2. Kandungan 5 bulan ke 7 bulan (20-28minggu)
Ketika ini bayi kita telah sempurna pembentukan sifat dan anggota badan tetapi jika Hb terlalu kurang bayi tidak dapat berdenyut dengan baik dan akhirnya bayi boleh mati dalam kandungan.

3. Kandungan 7 bulan ke atas(28-40 minggu)
Sifat bayi telah sempurna dlm usia begini tetapi jantung bayi masih bergantung pada kepekatan darah (Hb). Jika Hb terlalu cair/rendah (<9g/dl), jantung tidak kuat dan ada risiko untuk bayi mati dalam kandungan. jika jantung mampu bertahan tetapi anggota badan lain dapat sedikit, bayi akan lebih kecil saiznya tetapi mungkin selamat dilahirkan.

Itu semua masalah untuk bayi...bagaimana pula kesannya pada ibu??

Jika Hb kurang, ibu akan cepat berasa letih, kadang2 akan mengalami sesak nafas, pening2 dan rasa nak pitam, jantung bergerak laju/rs berdebar2(palpitation)
Jika semasa mengandung atau semasa bersalin ada kehilangan darah, darah akan bertambah cair dan ini boleh membawa kepada kerosakan jantung, paru2, buah pinggang dan boleh membawa maut.

APAKAH CARA TERBAIK UNTUK MENINGKATKAN PARAS HEMOGLOBIN DLM DARAH?

Tips 1 :
--> makan hati ayam setiap hari samada goreng atau masak mengikut kesukaan

Tips 2 :
--> makan makanan laut, kerang, ikan bilis- boleh juga tetapi tidak secepat makan hati ayam untuk naikkan Hb

Tips 3 :
--> Makan pil/vitamin tambah darah(yg doktor selalu bagi tu) mengikut ape yg ditetapkan..perlu makan hari2...kenapa? sbb Hb akan bertambah 1g/dl jika kita makan vitamin selama 10-14 hari secara berterusan..

Tips 4 :
--> Jgn makan pil tambah darah dengan air susu (eg. teh susu, kopi susu etc) kerana ia akan mengurangkan penyerapan vitamin tersebut...(nanti penat2 jer kt makan tp rupanya x diserap dgn baik, Hb pun xnaik)

PESANAN :
MAKANLAH VITAMIN DGN BETUL HARI2, insyaallah Hb(kepekatan darah) ibu2 sekalin akan naik dgn cepat....

Salam Tg Sepat

8 Response to "SAMB. PEMERIKSAAN KETIKA HAMIL"

drlin Says:

Pls leave your brilliant comment or any burning questions here, k...

Anonymous Says:

salam dr lin..sy bru disahkan prgnant ank 1st stlh 1thun b'khwin..msuk rya nnti gnap 3bln..mslhnye last mnth sy cek drh cma 9.6..sgt rndah BH sy..pas2 lpas mkn ubt zat besi yg clnic bgi, drh sy jdi 10.3..sy ni jnis yg xmkn syur n xmnum susu..mknan hrian biasa nya aym n dgig.ikan n mknan laut jrg2 sy mkn..sy gntikan syur dgn buah2an..blh drlin bntu sy utk pekatkan BH kmbali...

drlin Says:

salam, tahniah & welcome to parenting club :) sy minta maaf sbb lmbat reply. Hb 9.6 adalah kategori mild anemia..mmg target kita >11. sy ade bg beberapa tips utk pekatkan darah dlm post sy yg sblm ini,boleh rujuk disitu. yg penting ubat yg diberi tu diambil dgn cara yg betul & pemakanan seharian adalah seimbang. lebihkan makanan yg tinggi zat besi. jika Hb masih tidak naik, mungkin Dr akan melakukan ujian darah yg selanjutnya utk memastikan tubuh kita tidak kekurangan vitamin tertentu atau mempunyai penyakit yg boleh menyebabkan kurang Hb contohnya ujian thalasemia.

Putra Says:

Salam Dr Lin,
Isteri saya sekarang hamil lebih 7 bulan dah.. 2 bulan lepas Dr suruh makan pil iron (warna coklat) 2 biji 2 kali sehari. Pada masa itu hb isteri saya 10.4. Baru2 ini selepas pemeriksaan hb isteri turun jadi 10.3. Dr dah sarankan makan pil tersebut 2 biji 3 kali sehari. Disamping pemeriksaan akhir bulan nanti akan ada pemeriksaan darah.

Amalan pemakanan ubat telah betul iaitu tak minum teh dan kopi. minum susu pun selepas 2 jam daripada makan pil/vitamin. Kenapa jadi begitu?

Ada rakan saya sarankan makan kapsul spirulina bagi menaikkan kadar hb. Boleh ke? Kalau stop ambik pil iron then gantikan dengan spirulina boleh tak..?

Mohon respon segera doktor.. sekian.

Puan Pyja Says:

mintak share ye dr..

Anonymous Says:

Salam Dr Lin,
saya kini mengandung 4 Bulan, masa saya buka buku merah, usia kandungan sya 11 minggu, masa tu hb saya 11.9, then saya makan 4 ubat yang dr bagi 1 biji sehari sekali makan.....perubahan yang saya alami perubahan warna najis dan sedikit sukar untuk buang air besar kerana sembelit..
after 1 month, saya datang untuk 2nd check up, masa tu dah 10 hari saya berpuasa di bulan Ramadhan, bila cek hb saya turun kepada 10.7, then dr suggest makan ubat iron n vitamin c 2 biji sekali makan sehari sekali, tapi saya jadi lagi susah nak buang air besar disamping najis bertukar warna, sehingga hari pertama saya makan ubat iron 2 biji tu, saya terus buang air besar bercampur darah, saya sangat takut dan menyangka salur dubur saya telah terkoyak dan menyebabkan berdarah kerana terlalu sembelit,...
then saya ambil keputusan untuk berhenti terus mengambil ubat iron selepas itu, tetapi ubat2 lain saya teruskan makan kerana tidak memberi apa2 masalah pada saya...
Saya da 12 hari x makan ubat iron selepas keluar darah ketika buang najis tu dan kini kandungan saya 4 bulan 6 hari...
saya bimbang kandungan saya mengalami masalah kerana penerangan Dr Lin mengenai pertumbuhan bayi diawal 5 bulan kehamilan...
saya akan cuba makan hati ayam untuk menaikkan Hb, tetapi ada ke ubat lain yang boleh menggantikan ubat iron yang saya x boleh makan tu...kerana saya tidak mahu kandungan saya mengalami apa2 masalah...
kwn ada mencadangkan kepada saya untuk mengambil OBIMIN, adakah pengambilan OBIMIN 1 biji 1 hari sudah cukup untuk nutrisi baby dalam kandungan saya sehingga saya melahirkannnya nanti?
Harap dapat penjelasan daripd DR Lin...
Sekian, T. kasih
ELLA

Unknown Says:

Bismillah.

menarik artikal Dr.Lin. terima kasih atas perkongsian.
nak kongsi sket pengalaman saya.
sebelum bersalin hb saya 13, lepas bersalin anak ke-3 hb saya mendadak turun ke 9...saya kena tambah darah 2 pain...aduh...alhamdulillah pakar ambil tindakan awal.

jom free-free baca artikal saya: carehappytips.blogspot.com

Unknown Says:
This comment has been removed by the author.