Di awal bicaraku

Posted by drlin , Friday, April 2, 2010 9:14 PM

Pengenalan.........



Sebelum aku memulakan bicara ini, izinkan aku untuk menceritakan sedikit tentang diriku supaya pembaca semua faham apa yang aku cuba sampaikan disini...aku dilahirkan pada tahun 1983, mempunyai 4 orang adik beradik dan aku merupakan anak yang pertama. aku di besarkan dalam keluarga yang sederhana..sekolah pertamaku ialah tadika kemas kg melayu subang, di situlah aku mengenal ABC 123.. kemudian aku melangkah ke alam sekolah rendah di Sek Keb Subang sehingga darjah 6, dengan berbekalkan keputusan UPSR 3A1B dan SPRA(sijil Pelajaran Rendah Agama,ujian darjah 6 di sekolah agama Selangor) 91.8%(pelajar kedua terbaik) aku ditawarkan ke Sekolah Agama Menengah Tinggi Hisamuddin,Kg Jawa,Klang(dulu sekolah ni paling top di bawah JAIS, sekarang SAMBEST,hehe)...smpai PMR jer..lepas tu aku masuk MRSM Balik Pulau,Pulau Pinang. Lepas SPM(sblm result sbnr keluar) je aku ditawarkan pula untuk melanjutkan pelajaran di UTM,Skudai mengikuti Trek Pantas MARA(sbb trial SPM agak bagus,hehe).. tp aku di UTM kejap je,sbb lepas dpt keputusan SPM,aku masuk matrikulasi Melaka untuk menyambung cita-citaku sbg seorang Doktor..Alhamdulillah, dgn berbekalkan keputusan matrikulasi 3.92, aku mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di UKM...setelah berhempas pulas selama 5 tahun, akhirnya aku berjaya memegang segulung Ijazah Doktor Perubatan dan bermulalah kisahku sebagai seorang Doktor....aku mula bertugas sbg Doktor Siswazah (aka Houseman aka kuli) bermula 4 Jun 2007 di Hosp Raja Perempuan Zainab II(aka Hosp Kota Bharu), Kelantan. Setelah genap setahun, secara rasminya aku bergelar sebagai Pegawai Perubatan(aka Medical Officer).

20 Disember 2009 aku telah sah menjadi isteri kepada yg dicintai, Mohd Nazli bin Zainal Abidin. aku masih meneruskan kehidupan di bumi Kota Bharu walaupun berjauhan dari keluarga dan suami (keluarga & suamiku berada di Selangor) tp pada ms yang sama aku berusaha membuat permohonan pertukaran ke Selangor(untuk bersama-sama dgn suami dan kelurga memandangkan aku sedang berbadan dua ms itu). Alhamdulillah, 19 Julai 2009(iaitu semasa aku 7 bln mengandung) aku melapor diri di Jabatan Kesihatan Negeri Selangor. Aku di minta untuk memberi khidmat di Hospital Sg Buloh dan ditempatkan di Jabatan Perubatan. Setelah beberapa bulan di Hospital Sg Buloh, aku mengambil keputusan untuk memcuba sesuatu yang baru iaitu pengalaman bertugas sebagai seorang doktor di klinik kesihatan(sebelum ini kat Hospital jer kan). borang permohonan pertukaran di hantar dan terus mendapat respons utk bertukar ke Daerah Kuala Langat(Daerah yg jarang Doktor nk g, sebab??xtau,hehe...kene kaji ni). masa dapat tawaran ni aku tgh pregnant 9 bulan,tgh tggu hari jer....so kenela mintak tangguh smpai bersalin...



Lapor diri...

kuala langat...aku xpernah smpai pun daerah ini sebelum ni...aku dgn my hubby search di internet, barula dpt idea kat mane terletaknye daerah ni...jauhnye....

bila tgk website die, ade 8 buah klinik kesihatan di bawah daerah kuala langat ni...aduhhhh...yg mn satu nti aku diletakkn(mende ni mengganggu sgt fikiran aku sebelum melaporkan diri di Pej Kesihatan daerah Kuala Langat), 8 buah klinik tu ialah KK sijangkang, KK Teluk Panglima Garang, KK Jenjarom, KK Bukit Changgang, KK Telok Datuk, KK Kanchong Darat, KK Bandar, dan yang paling jauhhhhh sekali ialah KK Tg Sepat...dalam hati selalu sgt mohon supaya xdapat KK Tg Sepat ni sbb terlalu jauh dan terletak di kwsn pedalaman...



So...hari melaporkan diri pun tiba...

13 Disember 2009....
1st time menjejakkkan kaki di PKD Kuala Langat....bila dah siap isi borang2 semua, aku dipanggil untuk berjumpa dgn Pegawai Kesihatan Daerah untuk penempatan....berdebar2 jer.... ayat mula2 sekali "KK Tg Sepat jer yg kosong"...uwaaaaaaa...rs nak menjerit jer ms tue....aku meminta untuk di pertimbangkan dan akhirnya di pertimbangkan untuk ditukarkan ke Klinik lain tapi dgn syarat kene pegi dulu bertugas di Klinik Kesihatan Tg Sepat smpai diberitahu bila bleh tukar...huhuhuhuh....sedey btol ms tue....napela nasib x menyebelahi aku...so, pergilah ke KK Tg Sepat walaupun hati rasa berat jer...



Mula jer menjejakkan kaki ke Tg Sepat...emmm,cantik jgak klinik ni(dlm hatila,hehe)...bangunan baru(jenis 3)(kat Kuala Langat ni hanya Tg Sepat jer bangunan baru...how lucky)...pegi tgk kuartes...pun cantik jgak...

di sebabkan terlalu jauh nak berulang ke tempat kerja dari Petaling jaya, aku & hubby decided nak duk kuarters jer....tp cian kat hubby dier plak kene berulang jauh ke tempat keje..ari2 travel dkt 2 jam....tp kasih seorang suami, jauh pun tetap ditempuhi jgk...

bermulalah kisah ku di Tg Sepat......

1 Response to "Di awal bicaraku"

ahmad Says:

Salam haslinda,

Saya baru tengok klinik kesihatan tg sepat dan setuju dengan awak, klinik ini memang cantik dan selesa. Sesuai dengan kaki tangannya yang peramah dan tekun.
Saya sudah siapkan surat2 yang membolehkan pesakit tempohari datang ke klinik awak.
Tahniah kerana memulakan blog, tapi mungkin sekarang sangat sibuk..
Dr Ahmad zabidin HTAR