Panduan Pengambilan KOLESTEROL yg betul

Posted by drlin , Wednesday, October 13, 2010 8:30 AM

Ramai diantara kita yg mengalami masalah kolesterol dalam darah yg tinggi & mungkin ada diantara pembaca diluar sana yang sedang mengambil ubat bg menurunkan paras kolesterol didalam darah terutama bagi mereka yang berumur 35 tahun keatas. Tapi jgn terkejut kerana kita boleh mendapat penyakit Hyperlipidmia/Dyslipidemia i.e paras kolesterol dalam darah yg tinggi seawal usia 18 tahun..lebih2 lg dgn bermacam2 pilihan makanan yg ada di luar sana.

Tetapi kita juga perlu ingat bahawa Kolesterol ini juga diperlukan oleh badan utk pembentukan Vitamin D dan cecair hempedu(membantu penhazaman lemak dan penyerapan Vitamin A,D,E.K).

Kolesterol ini dihasilkan secara semulajadi oleh tubuh kita (700-1000mg sehari) dan pengeluarannya ini sudah mencukupi untuk keperluan badan kita.

Oleh itu, pengambilan kolesterol berlebihan dalam makanan akan menyebabkan ia diselitkan pada dinding saluran darah dan akan bertambah dari masa ke semasa yang membawa kepada risiko utk mendapat strok, serangan jantung dan sebagainya.

Kolesterol didapati hanya daripada sumber haiwan. sumber makanan tumbuhan tidak mengandungi kolesterol.

HADKAN PENGAMBILAN KOLESTEROL KURANG DARI 300mg SEHARI.

BAGAIMANA?...ikuti panduan pemakanan dibawah :

KANDUNGAN KOLESTEROL YG SANGAT RENDAH (1 - 10mg)

  • susu skim/rendah lemak - 250ml
  • susu sejat rendah lemak - 125ml
  • yoghurt rendah lemak - 200gm
  • keju cottage rendah lemak - 20gm
KANDUNGAN KOLESTEROL YG RENDAH (11 - 99mg)
  • susu penuh krim - 250ml
  • susu sejat - 125ml
  • yoghurt asli - 200gm
  • keju 1 kpg (20gm)
  • daging, ayam, itik, biri-biri, kambing --> tanpa lemak 90gm
  • perut/usus kerbau, ikan, ketam, tiram, lala, kerang, siput, timun laut, ikan bilis bersih, telur putih --> 90gm
KANDUNGAN KOLESTEROL SEDERHANA (100 - 199mg)
  • jantung
  • lidah
  • hempedal ayam
  • lobster
  • udang
  • sardin,dalam minyak
  • abalone
  • telur rendah kolesterol
KANDUNGAN KOLESTEROL TINGGI (>200mg)
  • Otak (semua jenis
  • Buah pinggang
  • Hati
  • Telur ikan
  • Telur(penuh)
  • Telur(kuning)
  • Ikan bilis,penuh
TIPS :
  1. pengambilan dua hidangan dari kumpulan yang sederhana adalah bersamaan dgn jumlah kolesterol dlm kumpulan yg tinggi
  2. pengambilan organ dalaman adalah tidak digalakkan
  3. buang kulit dan lemak ayam sebelum memasak
  4. santan adalah merupakan sumber lemak tepu yang akan ditukarkan ke bentuk kolesterol dalam badan. hadkan pengambilannya kepada 2 sudu besar (2kali seminggu).
  5. hadkan pengambilan telur 2-3 biji seminggu (55gm sebiji)
  6. elak/kurangkan penggunaan minyak sapi/mentega
  7. lemak sayuran yg telah dihidrogenkan terutamanya dalam marjerin, biskut serta pastri yg diimport perlu dihadkan
  8. pengambilan makanan yg terlalu manis akan meningkatkan trigliserid darah. kurangkan pengambilan gula
  9. tingkatkan pengambilan fiber dari sumber sayuran dan buah-buahan

ok,Goodluck!...sama2lah kita menjaga paras kolesterol dalam darah kita...bg sesiapa yg berumur >35 tahun digalakkan melakukan pemeriksaan kesihatan setahun sekali di klinik2 berdekatan ye..

Ape khabar semua..

Posted by drlin , Tuesday, October 12, 2010 1:57 AM

salam tg sepat, alhamdulillah dh dekat 10 bulan lebih dok kat tg sepat ni...tp sy minta maaf kerana xsempat nk update blog ni..agak busy sket bila kita sorg jer yg handle klinik..bukan setakat nk kene tgk patient tapi kene jugaklah ambil tahu hal ehwal staf2...tp, sy cuba terima tanggungjawab ini dgn sebaik mungkin. insyaallah sy akan cuba update info2 terkini tentang kesihatan khususnya selepas ini.. sokongan dan pendapat yg diberikan sy ucapkan terima kasih yg tidak terhingga. kdg2 terpikir masih ade yg sudi meluangkan masa membaca blog sy ini..

jika ade permintaan tentang topik ape yg pembaca2 diluar sana ingin tahu, silalah kemukakan pada sy yer..sy akan cuba postkan yg terbaik..insyaallah..

KEBAIKAN DGN HANYA 10% PENURUNAN BERAT BADAN

Posted by drlin , Tuesday, May 4, 2010 4:39 AM

10% penurunan berat bdn dr berat asal boleh menurunkan risiko seseorang dari mendapat masalah kesihatan seperti berikut :

Tekanan darah (Blood Pressure)

- Dapat mengurang tekanan darah bg mereka yang menghidapi penyakit hipertensi (so,moralnya, boleh kurangkan ubat darah tinggi yg dia mkn skrg)

Paras Kolesterol

- Dapat mengurangkan 10% Total kolesterol
- Dapat mengurangkan 15% LDL(bad) kolesterol
- Dapat mengurangkan 30% Triglycerides
- Dapat meningkatkan 8% HDl(good) kolesterol

Mortaliti (Death rate)

- Dapat mengurangkan 20% total mortaliti
- Dapat mengurangkan 30% kematian yang di sebabkan oleh Penyakit Diabetes(kencing manis)
- Dapat mengurangkan 40% kematian yang berkaitan dengan kanser

Semoga bertemu kembali.....

BAGAIMANA MENURUNKAN BERAT BADAN DENGAN BERSENAM??

Posted by drlin 4:33 AM

BAGAIMANA MENURUNKAN BERAT BADAN DENGAN BERSENAM??

Di sini saya nak berkongsi tips2 bagaimana kite nak bersenam dgn betul bg menampakkan hasil yang diingini..


Maklumat ni sy peroleh semasa menghadiri Bengkel Obesiti di Hospital Putrajaya baru2 ini....so, sukacitanya sy nk berkongsi dgn pembaca semua supaya bukan sy shj yang mendapat manfaat tetapi dpt jd panduan utk di kongsi bersama..insyaallah..

1. SENAMAN UNTUK MENCEGAH KENAIKAN BERAT BADAN (BG YG NORMAL BMI/BERAT)
- Bersenam 150-250 minit seminggu
- Dpt mencegah kenaikan berat bdn
Note :
- Walaupun nmpak cam lama msnya, tp bile kt bahagi bersenam 3x seminggu cthnya, lebih kurang sejam jer sehari...kalau hari2, lebih kurang dlm 20minit je kite bersenam

2. SENAMAN UNTUK MENURUNKAN BERAT BADAN
- Bersenam <150 minit seminggu hanya menurunkan sedikit shj berat bdn
- Bersenam >150 minit seminggu boleh menurunkan berat badan sebanyak 2-3kg
- Bersenam >225-420 minit seminggu boleh menurunkan 5-7.5kg
Note :
- Bersenam mestilah konsisten (sbb tu org yg gemuk dlm citer "THE BIGGEST LOOSER" tu boleh turunkan berat diorang...petuanya, senaman yang konsisten & bersesuaian)

3. SENAMAN UNUK KEKALKAN BERAT BADAN SELEPAS BERAT TURUN
- Bersenam 200-300 minit seminggu
Note :
- Lagi lama lagi bagus (evidence based)

P/S :
--> Kalau kite bersenam + ber'diet'(mengurangkan kalori intake 500-700kcal/day) akan lebih byk menurunkan berat bdn kite (bg yang obese)

--> Senaman yang dimaksudkan kat sini ialah aktiviti fizikal sprt berjalan, jogging, main badminton, main bola, berenang, etc...BUKAN aktiviti seperti angkat berat, push-up etc yang hanya 'resistance training'

salam

SET BERSALIN MURAH2...original & lulus KKM

Posted by drlin 4:26 AM

Salam,
sy yakin ramai yg tgh pregnant skrg ni tercari2 set lepas bersalin(set ms berpantang) kan? samala mcm sy dulu, ms 7 bulan pregnant tue dh sibuk2 tnya org pasal set bersalin...tp ms tu xtau nk bli yg mn, last2 beli set Leesa Formula confine mum, RM350...huhu...xde diskaun...tp alhamdulillah, lepas 2 bulan cuti bersalin tue sy dapat turunkan berat bdn kepada asal, boleh pakai baju kebaya lagi...hehe..

bg ibu2 hamil di luar sana, sy ade 1 website yg menyediakan semua jenis set bersalin pada harga yg berpatutan (murah dr yg sy bli,huhu...rugi sy)...pilihlah ikut citarasa & bajet anda....http://setbersalin.lot.my/  

salam..

Qaisara...my heart....

Posted by drlin , Friday, April 23, 2010 7:30 AM

At birth......Born via spontaneous vaginal delivery (SVD) on 30th october 2009 at 1423 @ HUKM (thank you all the staff) with birth weight of 3.58kg






At 1 month old...4.8kg...fully breastfeeding













At 2 months old...6.2kg....able to cooing...smile












At 3 month old....6.2kg...








At 4 month old....7.9kg







At 5 month old.....8.7kg...smile socially, chuckling, start to babling, able to get into prone-supine position & rolling

faces of qaisara....my little princess

Posted by drlin , Saturday, April 17, 2010 4:48 AM

Hi semua...salam 1 malaysia...nak kongsi my happiness..alhamdulillah, dh dikurniakan seorang puteri..pengalaman semasa mengandung & bersalin x dapat dilupakan smpai bila2...especially masa nak bersalin...sakitnya hanya Tuhan yang tahu...betapa besarnya pengorbanan seorang ibu kan...sayangilah ibubapa kita...anak2 kite dan sesiapa shj spy kita juga akan disayangi...betapa bahagianya hidup ini jika disayangi...

...ni my daughter....5 month old...

14 April 2010...

Posted by drlin , Wednesday, April 14, 2010 4:01 AM

salam satu malaysia buat semua yang sudi meluangkan masa melawati blog ini...still freshie...byk yg perlu di perbaiki tetapi harap dgn informasi yang dikongsikan dlm post sblm ini dpt memberi manfaat yg berguna...amiin..

arini cam biase, kehidupan sbg satu2nya doktor di klinik kerajaan di Tg Sepat...pagi ni klinik antenatal(ibu hamil)...biasela, kes2 yang tertentu akan dirujuk kpd doktor untuk tindakan selanjutnya...cthnya kes kencing manis, darah tinggi, anemia etc...arini byk jgklah tgk kes2 ibu hamil yang anemia nie...lg satu kes2 yang peningkatan berat bdn yg berlebihan....

ok, mesti adik2/kakak kat luar sana pernah dirujuk kpd doktor ketika hamil jika didapati berat bdn meningkat terlalu mendadak?...sbnrnya, kenaikan berat bdn semasa hamil tidak boleh terlalu berlebihan...

UNTUK 5 BULAN PERTAMA
--> kenaikan berat ibu 500g sebulan shj...

UNTUK 5 BULAN KEATAS
--> kenaikan berat ibu sehingga 2kg sebulan i.e 500g seminggu shj...

kenaikan berat yg normal semasa mengandung adalah lbh kurg 12-15kg

jika keadaan berat berlebihan berlaku, dibimbangi ibu mengalami kencing manis, darah tinggi atau bayi mengalami masalah2 tertentu...

oklah, diharap sedikit ilmu ini dapat dikongsikan bersama dgn pembaca2 semua...

salam Tg Sepat

SAMB. PEMERIKSAAN KETIKA HAMIL

Posted by drlin , Monday, April 12, 2010 4:02 AM

ANEMIA semasa hamil

Hi, bertemu lg kite yer... arini nk cerita sket pasal anemia aka kekurangan darah merah atau hemoglobin(Hb) yg selalu berlaku pd wanita hamil... sepanjang pengalaman saya menjadi seorang doktor, memang sgt2 ramai ibu2 kite yg mengalami masalah ini....tetapi ramai yg tidak tahu kepentingan mengekalkan paras Hb yg baik(>11g/dl) semasa mengandung, betul x??patient sy pun rmi xtau..tetapi bila ade kesempatan sy akan explain pd mrk satu persatu supaya ada kesedaran dlm diri untuk berusaha menaikkan paras Hb...

sbnrnya kebanyakan ibu mengandung mengalami kekurangan zat besi yg sgt penting untuk pembentukan Hb ini....dan kekurangan itu berpunca dr NUTRIEN seharian yg diambil yg kurang mengandungi zat besi.

APA KEPENTINGAN HEMOGLOBIN SEMASA HAMIL?

Ia penting untuk perkembangan bayi mengikut jangkamasa kandungan.

1. Kandungan kurang dari 5 bln (<20 minggu)
Pada masa ini bayi sedang melalui proses organogenesis i.e pembentukan organ2 seperti kepala, tangan, kaki, jantung, otak, dan anggota2 lain. Jika darah kurang pekat (<11g/dl), jika jantung tidak terbentuk dgn sempurna, bayi akan gugur. Jika jantung dpt dibentuk tetapi darah terlampau cair bayi mungkin hidup tetapi cacat(eg. tiada kaki & tangan dgn sempurna). Jika bayi sempurna sifat tetapi darah cair akan melambatkan pembentukan otak bayi, mungkin bayi akan selamat di lahirkan tetapi kurang pandai.

2. Kandungan 5 bulan ke 7 bulan (20-28minggu)
Ketika ini bayi kita telah sempurna pembentukan sifat dan anggota badan tetapi jika Hb terlalu kurang bayi tidak dapat berdenyut dengan baik dan akhirnya bayi boleh mati dalam kandungan.

3. Kandungan 7 bulan ke atas(28-40 minggu)
Sifat bayi telah sempurna dlm usia begini tetapi jantung bayi masih bergantung pada kepekatan darah (Hb). Jika Hb terlalu cair/rendah (<9g/dl), jantung tidak kuat dan ada risiko untuk bayi mati dalam kandungan. jika jantung mampu bertahan tetapi anggota badan lain dapat sedikit, bayi akan lebih kecil saiznya tetapi mungkin selamat dilahirkan.

Itu semua masalah untuk bayi...bagaimana pula kesannya pada ibu??

Jika Hb kurang, ibu akan cepat berasa letih, kadang2 akan mengalami sesak nafas, pening2 dan rasa nak pitam, jantung bergerak laju/rs berdebar2(palpitation)
Jika semasa mengandung atau semasa bersalin ada kehilangan darah, darah akan bertambah cair dan ini boleh membawa kepada kerosakan jantung, paru2, buah pinggang dan boleh membawa maut.

APAKAH CARA TERBAIK UNTUK MENINGKATKAN PARAS HEMOGLOBIN DLM DARAH?

Tips 1 :
--> makan hati ayam setiap hari samada goreng atau masak mengikut kesukaan

Tips 2 :
--> makan makanan laut, kerang, ikan bilis- boleh juga tetapi tidak secepat makan hati ayam untuk naikkan Hb

Tips 3 :
--> Makan pil/vitamin tambah darah(yg doktor selalu bagi tu) mengikut ape yg ditetapkan..perlu makan hari2...kenapa? sbb Hb akan bertambah 1g/dl jika kita makan vitamin selama 10-14 hari secara berterusan..

Tips 4 :
--> Jgn makan pil tambah darah dengan air susu (eg. teh susu, kopi susu etc) kerana ia akan mengurangkan penyerapan vitamin tersebut...(nanti penat2 jer kt makan tp rupanya x diserap dgn baik, Hb pun xnaik)

PESANAN :
MAKANLAH VITAMIN DGN BETUL HARI2, insyaallah Hb(kepekatan darah) ibu2 sekalin akan naik dgn cepat....

Salam Tg Sepat

Posted by drlin , Wednesday, April 7, 2010 5:35 AM

7 April 2010...

PANDUAN PEMERIKSAAN IBU HAMIL

tup2 dh masuk bulan keempat aku di tg sepat...semalam sibuk meng'upload' foto set bersalin untuk dijual...hehe... br permulaan..hrp permulaan ini dpt memberi aku smgt yg baru dlm hidup ini.. dh lama bercita2 untuk berkecimpung dlm bidang perniagaan ni tp xberpeluang..dgn peluang yg ada ni akan aku guna dgn sebaik2nya...

arini bgn pg2 mcm biasa, antar qaisara ke rumah pengasuhnya dan breakfast sblm memulakn kerja... rabu merupakan hari klinik ibu2 hamil dimana semua ibu hamil perlu dilihat oleh doktor, sekurg2nya 2 kali jika tiada masalah.. kat sini nak cerita sikit mcm mn proses pemeriksaan kesihatan oleh ibu2 hamil dr mula supaya menjadi panduan kpd ibu2 yg bakal hamil di luar sana...

APA PERLU BUAT SEBELUM MERANCANG UNTUK MENGANDUNG?

kalau kakak2/adik2 diluar sana perasan, Doktor mesti akan tnya berapa haribulan tarikh akhir period/haid ms mula2 pegi buka buku merah(kad mengandung di klinik kerajaan),betul x??
KENAPA?
yang pertama-tama sekali seorang wanita perlu menanda berapa haribulan tarikh period/haid mereka setiap bulan..tidak kiralah plan tuk pregnant or not...MESTI tanda..the best is guna kalender kecik yg boleh ltk dlm wallet...x susah pun, just tanda HARI PERTAMA haid shj...brapa hari period x penting...ok?so xpayahla kita susah2 nk ingat...just rujuk pd kalendar je bila doktor tanya,k...
ada beberapa reason kite kene buat cmtu i.e untuk tahu berapa tarikh jangkaan kita bersalin, berapa usia kandungan kita masa tu...memang kt ada teknologi ultrasound/scan, tp ia hanya membantu untuk confirmation shj...boleh nk rely on scan tp itupun kene buat bebarapa serial scan br boleh confirm..
Penting sgt untuk memastikan trikh jangkaan bersalin tu sbb in case kalau doktor nk decide bersalin awal atas sebb2 tertentu, baby kene btl2 matang...cth lain,kalau kita x ingat tarikh akhir dtg period, then scan baby dh 7 bulan, tp kita xtau sbnrnya baby tu berkembang seiring dgn usia kandungan or x..kalau ukuran scan 7 bln tp sbnrnya kandungan tue dah 8 bulan, so sbnrnya baby tu ada masalah la dr segi tumbesaran...tp cmana kite nk tau baby tu 8 bulan kalau tarikh jangkaan bersalin kt xde/xtepat??? so,mesti tanda tarikh akhir haid(hari pertama).....xsusah kannnn....

BILA WAKTU SESUAI UNTUK KE KLINIK UNTUK PEMERIKSAAN?

ok...bila kita tanda tarikh haid kita, so kita akan tahu/boleh agak bila haid yg akan dtg, betul x? let say tarikh haid kita 1/3/10...so anggaran rata2 wanita, kitaran haidnya ialah 28-32 hari, so kita boleh agak haid akan dtg pd 29/3/10(1hb+28hari) hingga 3/4/10(1hb+32hari)......so, bila tarikh tu period xdtg kemungkinan kita pregnant....:) ape yg kita boleh buat ialah g bli pregnancy test kit yg ade dijual di farmasi untuk buat pemeriksaan sendiri guna air kencing...if positive,boleh tggu 2-4 minggu then baru g jumpa doktor untuk buat pemeriksaan dan buka buku mengandung...

(ini contoh positif pregnancy test-ada 2 line)
















BILA WAKTU SESUAI UNTUK BUAT ULTRASOUND/SCAN?

Scan boleh dibuat seawal 5 minggu pregnant...camana nak kira kita pregnant 5 minggu? kene kira dr tarikh akhir kita dtg period tulah...so,pentinglah step pertama td kan...ms 5 minggu ni dh nmpak jantung baby


k, nanti kita smbung lg yerr...
kalau ade ape2 pertanyaan sy akan cuba jawab yg terbaik..
salam tg sepat...

Di awal bicaraku

Posted by drlin , Friday, April 2, 2010 9:14 PM

Pengenalan.........



Sebelum aku memulakan bicara ini, izinkan aku untuk menceritakan sedikit tentang diriku supaya pembaca semua faham apa yang aku cuba sampaikan disini...aku dilahirkan pada tahun 1983, mempunyai 4 orang adik beradik dan aku merupakan anak yang pertama. aku di besarkan dalam keluarga yang sederhana..sekolah pertamaku ialah tadika kemas kg melayu subang, di situlah aku mengenal ABC 123.. kemudian aku melangkah ke alam sekolah rendah di Sek Keb Subang sehingga darjah 6, dengan berbekalkan keputusan UPSR 3A1B dan SPRA(sijil Pelajaran Rendah Agama,ujian darjah 6 di sekolah agama Selangor) 91.8%(pelajar kedua terbaik) aku ditawarkan ke Sekolah Agama Menengah Tinggi Hisamuddin,Kg Jawa,Klang(dulu sekolah ni paling top di bawah JAIS, sekarang SAMBEST,hehe)...smpai PMR jer..lepas tu aku masuk MRSM Balik Pulau,Pulau Pinang. Lepas SPM(sblm result sbnr keluar) je aku ditawarkan pula untuk melanjutkan pelajaran di UTM,Skudai mengikuti Trek Pantas MARA(sbb trial SPM agak bagus,hehe).. tp aku di UTM kejap je,sbb lepas dpt keputusan SPM,aku masuk matrikulasi Melaka untuk menyambung cita-citaku sbg seorang Doktor..Alhamdulillah, dgn berbekalkan keputusan matrikulasi 3.92, aku mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di UKM...setelah berhempas pulas selama 5 tahun, akhirnya aku berjaya memegang segulung Ijazah Doktor Perubatan dan bermulalah kisahku sebagai seorang Doktor....aku mula bertugas sbg Doktor Siswazah (aka Houseman aka kuli) bermula 4 Jun 2007 di Hosp Raja Perempuan Zainab II(aka Hosp Kota Bharu), Kelantan. Setelah genap setahun, secara rasminya aku bergelar sebagai Pegawai Perubatan(aka Medical Officer).

20 Disember 2009 aku telah sah menjadi isteri kepada yg dicintai, Mohd Nazli bin Zainal Abidin. aku masih meneruskan kehidupan di bumi Kota Bharu walaupun berjauhan dari keluarga dan suami (keluarga & suamiku berada di Selangor) tp pada ms yang sama aku berusaha membuat permohonan pertukaran ke Selangor(untuk bersama-sama dgn suami dan kelurga memandangkan aku sedang berbadan dua ms itu). Alhamdulillah, 19 Julai 2009(iaitu semasa aku 7 bln mengandung) aku melapor diri di Jabatan Kesihatan Negeri Selangor. Aku di minta untuk memberi khidmat di Hospital Sg Buloh dan ditempatkan di Jabatan Perubatan. Setelah beberapa bulan di Hospital Sg Buloh, aku mengambil keputusan untuk memcuba sesuatu yang baru iaitu pengalaman bertugas sebagai seorang doktor di klinik kesihatan(sebelum ini kat Hospital jer kan). borang permohonan pertukaran di hantar dan terus mendapat respons utk bertukar ke Daerah Kuala Langat(Daerah yg jarang Doktor nk g, sebab??xtau,hehe...kene kaji ni). masa dapat tawaran ni aku tgh pregnant 9 bulan,tgh tggu hari jer....so kenela mintak tangguh smpai bersalin...



Lapor diri...

kuala langat...aku xpernah smpai pun daerah ini sebelum ni...aku dgn my hubby search di internet, barula dpt idea kat mane terletaknye daerah ni...jauhnye....

bila tgk website die, ade 8 buah klinik kesihatan di bawah daerah kuala langat ni...aduhhhh...yg mn satu nti aku diletakkn(mende ni mengganggu sgt fikiran aku sebelum melaporkan diri di Pej Kesihatan daerah Kuala Langat), 8 buah klinik tu ialah KK sijangkang, KK Teluk Panglima Garang, KK Jenjarom, KK Bukit Changgang, KK Telok Datuk, KK Kanchong Darat, KK Bandar, dan yang paling jauhhhhh sekali ialah KK Tg Sepat...dalam hati selalu sgt mohon supaya xdapat KK Tg Sepat ni sbb terlalu jauh dan terletak di kwsn pedalaman...



So...hari melaporkan diri pun tiba...

13 Disember 2009....
1st time menjejakkkan kaki di PKD Kuala Langat....bila dah siap isi borang2 semua, aku dipanggil untuk berjumpa dgn Pegawai Kesihatan Daerah untuk penempatan....berdebar2 jer.... ayat mula2 sekali "KK Tg Sepat jer yg kosong"...uwaaaaaaa...rs nak menjerit jer ms tue....aku meminta untuk di pertimbangkan dan akhirnya di pertimbangkan untuk ditukarkan ke Klinik lain tapi dgn syarat kene pegi dulu bertugas di Klinik Kesihatan Tg Sepat smpai diberitahu bila bleh tukar...huhuhuhuh....sedey btol ms tue....napela nasib x menyebelahi aku...so, pergilah ke KK Tg Sepat walaupun hati rasa berat jer...



Mula jer menjejakkan kaki ke Tg Sepat...emmm,cantik jgak klinik ni(dlm hatila,hehe)...bangunan baru(jenis 3)(kat Kuala Langat ni hanya Tg Sepat jer bangunan baru...how lucky)...pegi tgk kuartes...pun cantik jgak...

di sebabkan terlalu jauh nak berulang ke tempat kerja dari Petaling jaya, aku & hubby decided nak duk kuarters jer....tp cian kat hubby dier plak kene berulang jauh ke tempat keje..ari2 travel dkt 2 jam....tp kasih seorang suami, jauh pun tetap ditempuhi jgk...

bermulalah kisah ku di Tg Sepat......