Panduan Pengambilan KOLESTEROL yg betul

Posted by drlin , Wednesday, October 13, 2010 8:30 AM

Ramai diantara kita yg mengalami masalah kolesterol dalam darah yg tinggi & mungkin ada diantara pembaca diluar sana yang sedang mengambil ubat bg menurunkan paras kolesterol didalam darah terutama bagi mereka yang berumur 35 tahun keatas. Tapi jgn terkejut kerana kita boleh mendapat penyakit Hyperlipidmia/Dyslipidemia i.e paras kolesterol dalam darah yg tinggi seawal usia 18 tahun..lebih2 lg dgn bermacam2 pilihan makanan yg ada di luar sana.

Tetapi kita juga perlu ingat bahawa Kolesterol ini juga diperlukan oleh badan utk pembentukan Vitamin D dan cecair hempedu(membantu penhazaman lemak dan penyerapan Vitamin A,D,E.K).

Kolesterol ini dihasilkan secara semulajadi oleh tubuh kita (700-1000mg sehari) dan pengeluarannya ini sudah mencukupi untuk keperluan badan kita.

Oleh itu, pengambilan kolesterol berlebihan dalam makanan akan menyebabkan ia diselitkan pada dinding saluran darah dan akan bertambah dari masa ke semasa yang membawa kepada risiko utk mendapat strok, serangan jantung dan sebagainya.

Kolesterol didapati hanya daripada sumber haiwan. sumber makanan tumbuhan tidak mengandungi kolesterol.

HADKAN PENGAMBILAN KOLESTEROL KURANG DARI 300mg SEHARI.

BAGAIMANA?...ikuti panduan pemakanan dibawah :

KANDUNGAN KOLESTEROL YG SANGAT RENDAH (1 - 10mg)

  • susu skim/rendah lemak - 250ml
  • susu sejat rendah lemak - 125ml
  • yoghurt rendah lemak - 200gm
  • keju cottage rendah lemak - 20gm
KANDUNGAN KOLESTEROL YG RENDAH (11 - 99mg)
  • susu penuh krim - 250ml
  • susu sejat - 125ml
  • yoghurt asli - 200gm
  • keju 1 kpg (20gm)
  • daging, ayam, itik, biri-biri, kambing --> tanpa lemak 90gm
  • perut/usus kerbau, ikan, ketam, tiram, lala, kerang, siput, timun laut, ikan bilis bersih, telur putih --> 90gm
KANDUNGAN KOLESTEROL SEDERHANA (100 - 199mg)
  • jantung
  • lidah
  • hempedal ayam
  • lobster
  • udang
  • sardin,dalam minyak
  • abalone
  • telur rendah kolesterol
KANDUNGAN KOLESTEROL TINGGI (>200mg)
  • Otak (semua jenis
  • Buah pinggang
  • Hati
  • Telur ikan
  • Telur(penuh)
  • Telur(kuning)
  • Ikan bilis,penuh
TIPS :
  1. pengambilan dua hidangan dari kumpulan yang sederhana adalah bersamaan dgn jumlah kolesterol dlm kumpulan yg tinggi
  2. pengambilan organ dalaman adalah tidak digalakkan
  3. buang kulit dan lemak ayam sebelum memasak
  4. santan adalah merupakan sumber lemak tepu yang akan ditukarkan ke bentuk kolesterol dalam badan. hadkan pengambilannya kepada 2 sudu besar (2kali seminggu).
  5. hadkan pengambilan telur 2-3 biji seminggu (55gm sebiji)
  6. elak/kurangkan penggunaan minyak sapi/mentega
  7. lemak sayuran yg telah dihidrogenkan terutamanya dalam marjerin, biskut serta pastri yg diimport perlu dihadkan
  8. pengambilan makanan yg terlalu manis akan meningkatkan trigliserid darah. kurangkan pengambilan gula
  9. tingkatkan pengambilan fiber dari sumber sayuran dan buah-buahan

ok,Goodluck!...sama2lah kita menjaga paras kolesterol dalam darah kita...bg sesiapa yg berumur >35 tahun digalakkan melakukan pemeriksaan kesihatan setahun sekali di klinik2 berdekatan ye..

Ape khabar semua..

Posted by drlin , Tuesday, October 12, 2010 1:57 AM

salam tg sepat, alhamdulillah dh dekat 10 bulan lebih dok kat tg sepat ni...tp sy minta maaf kerana xsempat nk update blog ni..agak busy sket bila kita sorg jer yg handle klinik..bukan setakat nk kene tgk patient tapi kene jugaklah ambil tahu hal ehwal staf2...tp, sy cuba terima tanggungjawab ini dgn sebaik mungkin. insyaallah sy akan cuba update info2 terkini tentang kesihatan khususnya selepas ini.. sokongan dan pendapat yg diberikan sy ucapkan terima kasih yg tidak terhingga. kdg2 terpikir masih ade yg sudi meluangkan masa membaca blog sy ini..

jika ade permintaan tentang topik ape yg pembaca2 diluar sana ingin tahu, silalah kemukakan pada sy yer..sy akan cuba postkan yg terbaik..insyaallah..